Thursday, March 12, 2009

TEMANI AKU

Aku punya teman

Aku punya seorang teman
Sentiasa berada di sisiku
Walau badai yang melanda
Mahupun ombak getir yang menghempas

Aku tetap punya seorang teman
Untuk dikongsi bicara
Untuk dikongsi kasih sayang
Di atas nama seorang teman

Aku akan punya seorang teman
Untuk sentiasa menasihatiku
Setia mengingatkan aku
Tentang tujuan kehidupan ini

Dan aku mahu kamu sebagai temanku
untuk aku sentiasa hidup
sebagai seorang manusia
yang mempunyai kasih sayang seorang
teman..

No comments: