1 HB- si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 HB- anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut di kecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 HB- sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 HB- kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 HB- selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 HB- si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja.
7 HB- cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 HB- si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya akan berbicara jika kena pada topiknya.
9 HB- pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 HB- jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 HB- mementingkan kerjaya, adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 HB- lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 HB- tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat merasa bosan tetapi dia penyayang.
14 HB- berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 HB- suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 HB- garang! Walaupun garang , ada kalanya dia punya sikap yang romantic dan penyayang. Tidak hairanlah jika lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati.
17 HB- lembut naming tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 HB- berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 HB- mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 HB- tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 HB- ‘angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 HB- agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 HB- ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
24 HB- takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 HB- gembira dan gemar berlawak.
26 HB- si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 HB- walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 HB- si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 HB- gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 HB- boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 HB- gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia sukakan gadis yang berpersonaliti.
No comments:
Post a Comment